fb fb fb fb fb

PM Britain tiba di India untuk sidang kemuncak G20

NEW DELHI, 8 September- Perdana Menteri Britain Rishi Sunak tiba di India untuk sidang kemuncak G20 hari ini.

Sunak, dalam lawatan pertamanya ke negara itu sejak menjadi perdana menteri, tiba bersama isterinya Akshata Murty.

Akshata Murty merupakan anak perempuan kepada salah seorang lelaki terkaya di India.

Ketibaannya diraikan di lapangan terbang New Delhi.

PM Britain berkata, fokus utamanya ialah menyokong Ukraine selepas pencerobohan Presiden Rusia Vladimir Putin dan ekonomi global.

Putin tidak menghadiri pertemuan itu namun merancang untuk membuat panggilan video di pada acara G20 itu.

"Putin sekali lagi gagal untuk muncul untuk G20, tetapi kami akan muncul sebagai sokongan kepada Ukraine," tulis Sunak di X, semasa dalam perjalanan ke India.- AFP

(Rishi Sunak/AFP)

Media Baharu