fb fb fb fb fb

Seorang maut, dua lagi cedera dalam serangan udara Israel di Syria

Foto AFP

BEIRUT, 9 Jun - Seorang terbunuh manakala 2 lagi cedera dalam satu serangan udara Israel di Selatan Syria yang menyasarkan sebuah kenderaan.

Menurut Pemerhati Hak Asasi Manusia Syria (SOHR), pihak Israel menuduh kesemua individu di dalam kenderaan tersebut merupakan kumpulan pejuang Hamas.

Ia juga bertujuan bagi menghalang penghantaran senjata canggih kepada kerajaan baharu Syria yang kini dipimpin oleh pihak Islamis, yang dianggap oleh Israel sebagai kumpulan jihad radikal.

Sejak kejatuhan pemerintah lama Syria, Bashar al-Assad pada Disember lalu, Israel telah melancarkan ratusan serangan dan menghantar pasukan tenteranya ke zon penampan yang sebelum ini memisahkan tentera Israel dan Syria di kawasan strategik Bukit Golan sejak tahun 1974.

Sementara itu, pihak berkuasa Syria mengecam serangan tersebut serta menegaskan bahawa negara itu tidak akan menjadi ancaman kepada mana-mana pihak di rantau Asia Barat. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN