BOGOTA, 9 Jun - Gempa bumi dengan kekuatan 6.3 magnitud menggegarkan ibu kota Colombia, Bogota, awal pagi semalam.
Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), ia berpusat di bandar Paratebueno di tengah Colombia, kira-kira 170 kilometer ke timur Bogota.
Kejadian itu telah mengakibatkan bangunan-bangunan bergoyang serta siren kecemasan berbunyi di sekitar ibu kota.
Orang ramai turut dilihat bergegas keluar dari kediaman masing-masing dan berkumpul di taman bagi mencari perlindungan.
Sementara itu, Jabatan Keselamatan Bogota menerusi platform X memaklumkan, pasukan kecemasan kini sedang menjalankan tinjauan di seluruh bandar bagi mengesan kerosakan dan memberikan bantuan sewajarnya.