fb fb fb fb fb

Lebih 50 migran diselamatkan dari pelantar minyak terbiar di Laut Mediterranean

Foto ARKIB

ROME, 9 Jun - Lebih 50 migran yang terperangkap di sebuah pelantar minyak terbiar di Laut Mediterranean berjaya diselamatkan.

Menurut kenyataan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) Sepanyol, Open Arms, para migran tersebut dilaporkan terkandas selama tiga hari di pelantar minyak tersebut selepas bot getah yang mereka naiki karam sejurus berlepas dari Libya Selasa lalu.

Kesemua mangsa kini sedang dalam perjalanan ke pulau Lampedusa, Itali.

Ia perkara biasa bagi migran yang menyeberangi Mediterranean menggunakan bot yang rosak dan sesak untuk mencari perlindungan sementara di pelantar minyak luar pesisir.

Menurut rekod Agensi Pelarian PBB (UNHCR), sehingga 1 Jun lalu, lebih 23,000 migran tiba di Itali melalui laut sepanjang tahun ini yang kemudiannya dihantar ke pusat-pusat perlindungan sementara untuk proses dokumentasi dan lain-lain. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN