ISTANBUL, 1 Disember - Pihak berkuasa Senegal mengambil tindakan pantas bagi mengelakkan kemungkinan tumpahan minyak selepas air memasuki bilik enjin sebuah kapal tangki berhampiran pesisir Dakar.
Pihak berkuasa pelabuhan dalam kenyataan memaklumkan kapal tangki Mersin, yang berdaftar di Panama, mengeluarkan isyarat kecemasan pada lewat malam 27 hingga 28 November, sebelum bot tunda serta pasukan khas tentera laut dan maritim digerakkan segera ke lokasi kejadian bagi menjalankan operasi bantuan.
Kapal berkenaan dimiliki oleh Mersin Shipping dari Turkiye dan diuruskan oleh Besiktas Shipping, menurut data daripada London Stock Exchange Group.
Punca kejadian masih belum diperincikan oleh pihak berkuasa, namun semua anak kapal berjaya diselamatkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan. -REUTERS