fb fb fb fb fb

Iran, Turkiye gesa perpaduan hentikan pencerobohan Israel

Foto REUTERS

TEHRAN, 1 Disember – Iran dan Turkiye menegaskan kepentingan perpaduan serantau dalam mengekang tindakan pencerobohan Israel di Asia Barat.

Menteri Luar Iran, Seyed Abbas Araghchi berkata gencatan senjata Gaza terus dilanggar, manakala serangan Israel ke atas Lubnan dan Syria menunjukkan usaha rejim itu menjejaskan kestabilan serantau.

“Negara-negara di rantau ini bertanggungjawab menghentikan pencerobohan Israel,” katanya pada sidang media bersama dengan Menteri Luar Turkiye, Hakan Fidan.

Fidan pula mendesak Israel berhenti menyerang wilayah Palestin dan mengecam peluasan tindakan agresif rejim itu terhadap negara Asia Barat lain. Beliau turut menggesa komuniti antarabangsa memainkan peranan lebih tegas.

Dalam pertemuan berasingan dengan Timbalan Menteri Luar Arab Saudi bagi Hal Ehwal Politik, Saud bin Mohammed Al-Sati, Araghchi menekankan kerjasama lebih erat diperlukan bagi mengekang ancaman terhadap keamanan dan kestabilan rantau tersebut. -REUTERS

MOHD KHUDZAIRI ZAINUDDIN