GRAZ, 10 Jun- Sembilan orang terbunuh dalam satu kejadian tembakan di sebuah sekolah menengah di Graz, Austria.
Menerusi kenyataan, Polis Styria memaklumkan bahawa kejadian turut menyebabkan beberapa lagi mangsa mengalami kecederaan parah.
"Penembak telah meninggal dunia."
"Keadaan terkawal sekitar pukul 11.30 pagi dengan semua orang dibawa ke tempat yang selamat," menurut kenyataan tersebut.
Graz, yang mempunyai penduduk sekitar 300,000 orang dan terletak di tenggara Austria, pernah mengalami serangan maut hampir 10 tahun lalu.
Pada 20 Jun 2015, seorang lelaki memandu kereta ke arah orang ramai di pusat bandar; membunuh tiga orang dan mencederakan puluhan yang lain.- REUTERS