fb fb fb fb fb

Sembilan terbunuh dalam kemalangan jalan raya di Mexico

MEXICO CITY, 5 Mac - Sekurang-kurangnya sembilan orang maut selepas sebuah van penumpang dan trak kargo bertembung di Quintana Roo, selatan Mexico.

Insiden itu berlaku di Bandar Felipe Carrillo Puerto, yang terletak di bahagian tengah negeri itu, kata pejabat pendakwa raya tempatan dalam satu kenyataan.

"Data awal menunjukkan sembilan orang, antaranya tiga kanak-kanak yang merupakan penumpang kenderaan pengangkutan itu, kehilangan nyawa," kata agensi itu.

Manakala enam orang yang mengalami kecederaan telah dibawa ke hospital bagi rawatan lanjut.

Mexico mencatatkan peningkatan jumlah kemalangan jalan raya sejak tahun 2020 dengan merekodkan 301,678 kes.

Pada 2022, 377,231 kemalangan direkodkan, menurut angka terkini daripada institut perangkaan negara berkenaan.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD