fb fb fb fb fb

Sembilan maut rempuhan di stadium El Salvador

(Mangsa rempuhan di Stadium Cuscatlan/FB Numan Salgado)

SAN SALVADOR, 21 Mei- Sembilan orang terbunuh di sebuah stadium di El Salvador ketika peminat bola sepak menonton sebuah kejohanan tempatan pada Sabtu.

“Angka kematian selepas rempuhan di Stadium Cuscatlan berjumlah sembilan.

"Dua kritikal dan sedang dirawat di hospital," menurut Polis Awam Kebangsaan (PNC) menerusi Twitter.

PNC berkata, laporan awal menunjukkan sebelum kejadian terdapat kumpulan penyokong merempuh masuk stadium di ibu negara San Salvador untuk menonton perlawanan antara pasukan Alianza dan FAS.

Menteri Dalam Negeri El Salvador, Juan Carlos Bidegain, berkata responden pertama perkhidmatan perlindungan awam berada di tempat kejadian dan merawat orang yang terjejas akibat kejadian itu.

Perlawanan itu ditangguhkan apabila kakitangan kecemasan memindahkan orang ramai dari stadium, yang mana ratusan pegawai polis dan tentera berkumpul.

Tragedi berlaku tujuh bulan selepas 135 orang termasuk lebih 40 kanak-kanak maut dalam rempuhan susulan perlawanan bola sepak di Malang, Indonesia. -AFP

(Kira-kira 200 ambulans bertindak balas terhadap kecemasan/
FB Numan Salgado)

Media Baharu