fb fb fb fb fb

10 maut ditembak dalam acara lumba kereta di Mexico

 (Sekumpulan askar berada di lokasi kejadian di utara Mexico/Reuters)

ENSENADA, 21 Mei- Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan sembilan cedera dalam kejadian berbalas tembak ketika acara lumba kereta berlangsung di Baja California di utara Mexico pada Sabtu.

Serangan itu berlaku di kawasan San Vicente di bandar sini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.18 petang waktu tempatan, suspek bersenjata telah keluar dari sebuah van dan mula menembak peserta yang sedang berkumpul di sebuah stesen minyak.

Anggota polis perbandaran dan negeri, askar, bomba dan Palang Merah Mexico antara pihak yang digegaskan ke lokasi kejadian.

Datuk Bandar Ensenada, Armando Ayala Robles berkata, Peguam Negara Ricardo Ivan Carpio Sanchez telah menugaskan kumpulan khas untuk menyiasat kejadian tembakan itu. -Reuters


(Helikopter pihak berkuasa melakukan pemantauan menerusi udara
di lokasi kejadian/Reuters)

Media Baharu