fb fb fb fb fb

Gelombang haba: Petani di India alami kerugian, tanaman gagal

(Foto Reuters)

NEW DELHI, 21 Mei- Petani di India mengalami kerugian selepas seluruh negara itu dilanda gelombang haba ketika ini yang merencatkan pengeluaran tanaman.

Petani tempatan dikenali sebagai Kalu mengakui, suhu panas telah menjejaskan pengeluaran bijirin dan pendapatan petani juga terjejas.

"Kami membelanjakan banyak wang untuk racun perosak dan baja, tetapi tidak mendapat keuntungan.

"Kami telah bekerja keras, tetapi tanaman masih gagal kerana terlalu panas," katanya.

Banyak kawasan di India mengalami rekod tertinggi iaitu suhu melebihi 45 darjah Celsius pada musim panas.

Dalam beberapa hari lalu, suhu di Uttar Pradesh meningkat kepada 44 darjah Celsius, manakala di Punjab dan Haryana meningkat kepada 42 darjah Celsius.

New Delhi dan banyak tempat lain turut dilanda gelombang panas. -Reuters

(Kalu, petani India/Reuters)

Media Baharu