fb fb fb fb fb

Semakin ramai penduduk Iran ke Armenia untuk berlindung

Foto Reuters

AGARAK, 19 Jun- Penduduk Iran dilihat semakin ramai menyeberang ke negara jiran Armenia melalui pusat pemeriksaan sempadan Meghri pada Rabu ketika konflik yang semakin memuncak dengan Israel.

Walaupun tiada angka rasmi dikeluarkan, penduduk di bandar Agarak di selatan Armenia melaporkan beratus-ratus warga Republik Islam itu tiba dengan membawa beg pakaian seolah-olah bersedia untuk tinggal lebih lama.

Hotel tempatan kini mencapai kapasiti penuh.

Dengan penutupan ruang udara Iran, Armenia menjadi hab transit yang penting, bukan sahaja untuk rakyat Iran, tetapi juga untuk warga asing yang melarikan diri dari konflik dan mencari laluan pulang.

Sementara itu pegawai kerajaan di ibu kota Azerbaijan, Baku dan Yerevan di Armenia berkata, lebih 700 warga asing yang tinggal di Iran telah menyeberang ke sempadan mereka setakat Selasa.

AZRUL FAIZAL JUSOH