CHONGQING, 19 Jun- Beberapa kawasan di Bandar Chongqing barat daya China mengalami hujan lebat pada malam Rabu dan menyebabkan banjir.
Sekali gus mengganggu lalu lintas di perbandaran Daerah Autonomi Pengshui Miao-Tujia.
Rakaman yang dirakam di Kampung Gaoqiao di Pekan Taiyuan menunjukkan jalan-jalan di situ tenggelam sepenuhnya, dengan kenderaan dihanyutkan oleh air deras.
Pekan Ditang, salah satu kawasan yang paling teruk dilanda banjir mencatatkan hujan melebihi 304 milimeter dari malam Rabu hingga Khamis dengan air sungai melebihi paras bahaya.
Banjir juga menyebabkan cerun runtuh di beberapa jalan raya di seluruh daerah.
Pihak berkuasa tempatan telah menggerakkan pasukan kecemasan untuk menjalankan usaha menyelamat dan bantuan bencana.