fb fb fb fb fb

Iran beri amaran kepada AS, jangan campur tangan sokong Israel

Runtuhan bangunan akibat serangan balas Iran terhadap Israel / Foto AFP

TEHRAN, 19 Jun - Iran memberi amaran keras kepada Amerika Syarikat agar tidak campur tangan dalam konflik bersenjata yang sedang memuncak antara Iran dengan Israel.

Timbalan Menteri Luar Iran, Kazem Gharibabadi menegaskan bahawa Tehran bersedia mempertahankan diri jika keadaan semakin tegang.

"Sebarang penglibatan aktif Washington dalam menyokong Israel akan mencetuskan tindak balas dari Iran." katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan menerusi televisyen tempatan.

“Jika Amerika Syarikat mahu turun padang secara aktif untuk menyokong rejim Israel, Iran akan menggunakan segala alat yang ada untuk mengajar penceroboh dan mempertahankan keselamatan serta kepentingan negara,” katanya.

Beliau menambah bahawa pihak ketenteraan Iran telah bersiap siaga untuk mempertimbangkan semua kemungkinan. - AFP

SITI AISHA MELISA YUHANIZ