fb fb fb fb fb

Selang dua hari Korea Utara lancar peluru tidak dikenali ke laut untuk kali ke-3

FOTO AFP

SEOUL, 14 Januari- Buat kali ketiga tahun ini, Korea Utara melancarkan ujian peluru berpandu tidak dikenali ke laut, menurut laporan terbaharu Korea Selatan dan Jepun.

"Korea Utara melancarkan peluru tidak dikenali ke arah timur," jelas Ketua Staf Bersama Seoul tanpa memberi perincian lanjut.

Manakala pengawal pantai Jepun pula melaporkan, anggotanya mengesan, "satu pelancaran dari Korea Utara dipercayai peluru berpandu balistik atau jenis lain pada 1455 waktu tempatan."

Jurucakap pengawal pantai memberitahu wartawan AFP, pihaknya masih menganalisis lokasi objek jatuh, sama ada hanya satu atau beberapa objek.

Meskipun sekatan antarabangsa dikenakan terhadap Korea Utara disebabkan program pembangunan nuklear, tahun ini sahaja Pyongyang sudah mengesahkan telah melancarkan ujian peluru berpandu hipersonik sebanyak dua kali, iaitu pada 5 Januari dan 11 Januari.

Selepas ujian kedua yang disaksikan sendiri oleh pemimpin utama, Kim Jong Un, Amerika Syarikat bertindak mengenakan sekatan terhadap lima individu yang dipercayai ada kaitan dengan program nuklear Korea Utara. -AFP

Media Baharu