TEHRAN, 11 Jun- Sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dalam insiden kebakaran yang berlaku di sebuah kompleks petrokimia di selatan Iran pada Rabu, menurut laporan televisyen negara itu.
Stesen penyiaran berkenaan melaporkan jumlah korban dan kecederaan dijangka meningkat memandangkan skala kejadian yang besar.
Rakaman yang disiarkan menunjukkan kepulan asap tebal dari Kompleks Petrokimia Kaveh di wilayah Bushehr, terletak kira-kira 1,200 kilometer di selatan Tehran.
Gabenor daerah Dayyer, Alireza Sajadi, berkata kebakaran tersebut bermula di pelabuhan milik kompleks berkenaan, namun berjaya dikawal.
Menurut Ketua Pengurusan Krisis Wilayah Bushehr, Kourosh Dehghan, berkata letupan dan kebakaran berpunca daripada operasi kimpalan dan menyebabkan mangsa terkorban.
Insiden itu berlaku selepas insiden letupan di Pelabuhan Shahid Rajaee di Bandar Abbas lebih sebulan ;lalu, yang mengorbankan 58 nyawa dan menyebabkan banyak kerosakan.-AFP