fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 25 maut selepas bas jatuh cerun di Peru

FOTO REUTERS

LIMA, 27 Julai- Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan 17 lagi cedera di Peru selepas sebuah bas terlibat kemalangan ketika dalam perjalanan melalui kawasan pergunungan, menurut jabatan kesihatan wilayah Ayacucho.

Bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho Andean pada waktu subuh, terbalik dan menjunam ke bawah cerun kira-kira 200m, Jhonny Rolando Valderrama,

Ketua bahagian perlindungan lebuh raya, Jhonny Rolando Valderrama memberitahu agensi berita negeri Andina bahawa bas itu terbabas dari lebuh raya di wilayah Ayacucho Andean sehingga terbalik dan menjunam ke bawah cerun kira-kira 200m.

Menjelang awal petang, seorang pegawai tertinggi polis berkata maklumat awal menunjukkan terdapat 42 penumpang dalam bas itu.

Penguasa pengangkutan darat Peru, SUTRAN dalam satu kenyataan berkata bas itu milik syarikat tempatan Turismo Molina Union SAC dan siasatan telah dimulakan.

Wakil syarikat tidak memberi sebarang komen.

Kemalangan bas yang membawa maut adalah perkara biasa di Peru, di mana banyak bas bergerak di jalan pergunungan yang tidak menentu atau dipandu oleh pemandu yang tidak terlatih.

Pada April lalu, sekurang-kurangnya 25 orang mautapabila sebuah bas jatuh ke dalam sungai di wilayah Cajamarca, utara Peru, manakala September tahun lalu sekurang-kurangnya 24 orang maut dalam kemalangan serupa di wilayah Anco.- REUTERS

ZEHRA BINTI ZAMBRI