fb fb fb fb fb

Sekurang-kurangnya 15 maut, peluru berpandu Rusia membedil penempatan awam

(Empat peluru berpandu dilaporkan dilancarkan Rusia. membedil penempatan Pivdenny
di selatan Chasiv Yar, kira-kira 30 kilometer dari Donetsk/AFP)


DONETSK, 11 Julai- Sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan lebih 20 orang lagi dikhuatiri terperangkap selepas roket jenis Uragan Rusia ,membedil blok pangsapuri lima tingkat di wilayah Donetsk Ukraine, kata pegawai tempatan pada Ahad ketika penyelamat bergegas ke tempat kejadian runtuhan.

Gabenor Donetsk, Pavlo Kyrylenko berkata, empat peluru berpandu yang dilancarkan Rusia membedil penempatan Pivdenny di selatan Chasiv Yar, kira-kira 30 kilometer dari Donetsk.

Serangan berlaku pada Sabtu, 9.17 malam waktu tempatan,

Perkhidmatan kecemasan serantau melaporkan 15 kematian sambil menambah bahawa lebih 24 lagi orang dikhuatiri masih berada di bawah runtuhan.

"Kami berlari ke ruang bawah tanah, terdapat tiga langgar, yang pertama di suatu tempat di dapur.

"Kami berlari ke arah pintu masuk kedua dan kemudian terus ke ruang bawah tanah. Kami duduk di sana sepanjang malam sehingga pagi."kata seorang penduduk tempatan yang memberikan namanya sebagai Ludmila, bercakap ketika penyelamat mengeluarkan mayat dan membersihkan runtuhan menggunakan kren.

Andriy Yermak, ketua kakitangan kepada Presiden Volodymyr Zelenskiy, berkata dalam siaran Telegram bahawa insiden itu adalah satu lagi serangan pengganas, dan Rusia harus dipertanggungjawabkan atas kerosakan itu.


(Anggota penyelamat berusaha mengeluarkan mangsa yang terperangkap
dalam runtuhan pangsapuri yang dibedil roket berpandu/REUTERS)


Rusia, yang mengatakan ia sedang menjalankan "operasi ketenteraan khas" untuk memusnahkan Ukraine, menafikan sengaja menyerang orang awam.

Wilayah Luhansk dan Donetsk terdiri daripada Donbas, wilayah perindustrian timur Ukraine yang telah menjadi medan perang terbesar di Eropah sejak beberapa generasi.

Rusia mahu merampas kawalan Donbas bagi pihak pemisah yang disokongnya.

Moscow berkata mengusir tentera Ukraine keluar dari rantau itu adalah penting kepada apa yang dipanggil "operasi ketenteraan khas" untuk memastikan keselamatannya sendiri, serangan yang telah berlangsung selama lebih empat bulan dan yang dikatakan Barat sebagai perang tanpa provokasi.-REUTERS





Media Baharu