(Pelarian Haiti/Fail AFP)
HAITI, 11 Mei- Sekurang-kurangnya 148 orang terbunuh di ibu negara Haiti, Port-au-Prince dan sesetengah mangsa dibakar hidup-hidup, sejak dua kumpulan gangster bergaduh, lewat bulan lalu.
“Sekurang-kurangnya 148 mati termasuk tujuh penyamun (…) dibunuh oleh ketua mereka,” antara 24 April sehingga awal Mei seperti dinyatakan Jaringan Nasional Pembela Hak Asasi Manusia (RNDDH), selepas siasatan dijalankan di kawasan kejiranan utara ibu negara itu apabila perang antara kumpulan kongsi gelap berlaku.
Kumpulan hak asasi manusia yang mengecam "pembunuhan beramai-ramai dengan kekejaman luar biasa," berkata penduduk dibunuh menggunkan peluru dan pisau.
Sesetengah mangsa dibakar hidup-hidup "di dalam rumah mereka sendiri yang dibakar" atau "di jalanan dengan menggunakan tayar." “Kebanyakan mangsa wanita dan kanak-kanak perempuan dirogol sebelum mereka dibunuh," kata kumpulan hak asasi itu.
Pertubuhan Haiti berkata mereka mengetahui sebuah kubur besar dengan 30 mayat dikebumikan oleh salah satu kumpulan gangster berdasarkan penemuan mayat reput yang ditinggalkan di tepi jalan. Mayat turut ditemui dalam perigi dan tandas.
Jumaat lalu, Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) memaklumkan, organisasi itu mengetahui tentang pembunuhan sekurang-kurangnya 75 orang awam dalam peningkatan keganasan terbaru itu, termasuk wanita dan kanak-kanak.
Sekurang-kurangnya 9,000 penduduk di kawasan kejiranan yang terjejas telah meninggalkan kediaman mereka dan berlindung di rumah saudara-mara atau di gereja dan sekolah. -AFP
(Pelarian Haiti/Fail AFP)