fb fb fb fb fb

Pekerja Palestin lari selamatkan diri diserang Israel

Rakaman CCTV ketika kilang diserang pendatang Israel / Foto VIORY

TULKARM, 13 November - Dua lelaki Palestin dan seorang kanak-kanak menyelamatkan diri ketika diserang kumpulan bertopeng dipercayai pendatang Israel di kilang tenusu Al-Junaidi.

Rakaman CCTV menunjukkan penyerang memecah masuk, melontar batu ke arah kamera keselamatan sebelum membakar lori dan kenderaan syarikat sehingga asap tebal menyelubungi kawasan kilang berkenaan.

Al-Junaidi dalam kenyataan menyifatkan, serangan ganas pendatang Israel turut merosakkan harta, mencederakan pekerja.

Kementerian Ekonomi Palestin menggesa, komuniti antarabangsa untuk bertindak segera menghentikan serangan pendatang terhadap orang awam dan fasiliti ekonomi.- VIORY

MARDHIYAH MOHAMMED ZIN