fb fb fb fb fb

Sekat kuasa senator, parti MFP Thailand failkan usul

FOTO AFP

BANGKOK, 15 Julai- Parti Move Forward (MFP) Thailand memfailkan usul di Parlimen untuk menyekat kuasa 250 anggota senator yang dilantik.

Ia selepas ketua parti itu, Pita Limjaroenrat kalah dalam usaha untuk menjadi Perdana Menteri.

Setiausaha Agung parti, Chaithawat Tulathon memfailkan usul pada Jumaat untuk meminda Perkara 272 Perlembagaan.

Jika berjaya, pindaan itu akan menghapuskan kuasa senator untuk bersama-sama dengan ahli Parlimen mengundi jawatan Perdana Menteri.

Pindaan itu akan mengembalikan kuasa memilih Perdana Menteri kepada rakyat.

Pada Khamis, Pita gagal memperoleh sokongan lebih separuh daripada 749 ahli parlimen.

Walaupun menjadi calon tunggal untuk jawatan itu, Pita berdepan ujian getir mendapatkan 375 undi yang diperlukan.

Sementara itu, Speaker, Wan Muhamad Noor Matha mengumumkan pengundian pusingan kedua untuk memilih Perdana Menteri akan diteruskan seperti yang dijadual pada 19 Julai.

Beliau enggan mengulas sama ada Pita boleh dicalonkan semula.- REUTERS


(FOTO AFP)

 

Media Baharu