fb fb fb fb fb

Sayap bersenjata Hamas lancar roket ke arah Israel

Foto fail -- Briged Ezzedine al-Qassam mengeluarkan rakaman menunjukkan pelancaran roket ke Tel Aviv pada Ogos lepas/AFP

GAZA, 7 Oktober- Sayap bersenjata Hamas, Briged Ezzedine Al-Qassam melancarkan roket ke arah selatan Israel hari ini.

Menurut kenyataan mereka, roket-roket tersebut menyasarkan kumpulan musuh di lintasan Rafah, lintasan Kerem Shalom dan Kibbutz Holit yang terletak berhampiran sempadan Gaza.

Serangan berkenaan bertepatan ulang tahun pertama Israel menjadi sasaran Hamas pada tarikh sama tahun lepas. Ia sebagai tindak balas atas kekejaman berterusan penjajah Israel terhadap penduduk Gaza.

Sementara itu, tentera Israel mengumumkan hari ini bahawa seorang askarnya telah mati di sempadan utara jajahan Israel dengan Lubnan.

"Sarjan Utama Etay Azulay mati di sempadan Lubnan," menurut kenyataan. -AFP

SITI AISHAH MD ISA