fb fb fb fb fb

Saintis mengehadkan pemanasan global ke 1 darjah celcius

BARCELONA, 2 Jun - Kumpulan saintis mengehadkan pemanasan global diturunkan kepada satu darjah Celcius berbanding 1.5 celcius seperti yang ditetapkan sebelum ini untuk mengelakkan kesan merbahaya kepada dunia.

Amaran itu dikeluarkan menerusi hasil kajian yang diterbitkan jurnal 'Nature' pada minggu ini memandangkan tahap pemanasan bumi meningkat kira-kira 1.2°C sejak zaman praindustri.

Menurut Pertubuhan Meteorologi Sedunia, suhu purata global berkemungkinan melebihi 1°5 celcius.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa suhu pemanasan itu boleh memberi kesan teruk dan meluas kepada manusia seperti kematian, perpindahan, penyakit kronik, selain kehilangan punca pendapatan, bekalan makanan dan air.

Kajian diketuai Suruhanjaya Bumi mengenai kelestarian alam yang dianggotai kumpulan saintis turut mendapati perubahan kekal terhadap sistem bumi.

Antaranya liputan ais dan terumbu karang boleh tercetus jika tahap pemanasan melepasi 1.5°C.

Pakar iklim Johan Rockstorm merangkap pengarang bersama kajian itu berkata, penting bagi penggubal dasar dan orang awam mengetahui keadaan bumi yang kini berada dalam keadaan sangat berisiko.


Beliau berkata, kajian sama turut mendapati kadar 1°C menyamai takrifan bahaya ketara yang akan menjejaskan jutaan manusia, komuniti, dan wilayah secara kekal.

"Ini sekali gus menjadikan 1°C sebagai tahap maksimum pemanasan global.

Terdapat banyak bukti saintifik mengenai kadar (pemanasan global) sebenarnya sudah melepasi had," katanya yang juga Pengarah Institut Kajian Impak Iklim Potsdam.

Pertubuhan Meteorologi Sedunia sebelum ini, berkata suhu purata global mungkin melebihi 1.5°C, berdasarkan matlamat yang ditetapkan menerusi Perjanjian Paris 2015 bagi menangani perubahan iklim dalam tempoh lima tahun akan datang.

Sementara itu, Johan berkata, kadar pemanasan semasa mungkin sudah menjangkaui 2°C, selain memaklumkan tahap 1.5°C sudah dicapai, pada 2015.

Beliau akui bimbang jika mengundang perdebatan mengenai kadar pemanasan untuk menetapkan kadar suhu baharu kepada 2°C, selain menangguhkan tarikh akhir bagi sifar pelepasan pemanasan yang telah ditetapkan pada 2050. - REUTERS

Media Baharu