fb fb fb fb fb

Ingkar padam kandungan dilarang, Russia denda WhatsApp

MOSCOW, 2 Jun - Mahkamah Rusia mengenakan denda AS$37,080 (anggaran RM170,644) terhadap penyedia perkhidmatan penghantar mesej WhatsApp akibat gagal memadam kandungan terlarang.

Ia merupakan denda pertama di Rusia atas kesalahan itu.

Syarikat induk WhatsApp, Meta Platforms Inc telah dicop sebagai organisasi "pelampau" oleh Moscow pada tahun lalu.

Namun aplikasi menghantar mesej yang popular secara meluas di Russia sebelum ini tidak berdepan hukuman kerana gagal memadam maklumat yang dilarang.

Selain itu, perkhidmatan Meta lain seperti Facebook dan Instagram yang kini diharamkan di Russia telah didenda berdasarkan kandungan.

Hukuman denda juga turut dikenakan terhadap Twitter dan Google Alphabet.

WhatsApp sebelum ini pernah didenda kerana didakwa enggan mematuhi undang-undang data Russia dan menyimpan data pengguna Russia di negara itu.



Agensi berita RIA melaporkan bahawa denda yang dikenakan semalam terhadap WhatsApp disebabkan keenggannan untuk mengeluarkan maklumat mengenai ubat Lyrica yang mana penjualan dan pembuatan ubat tersebut dilarang di Russia.

Reuters bagaimanapun cuba mendapatkan komen daripada Meta namun tidak berjaya kerana di luar waktu perniagaan AS.

Mahkamah juga mendenda Yayasan Wikimedia, yang dimiliki Wikipedia sebanyak tiga juta rubel, kerana tidak mengeluarkan kandungan yang dianggap sebagai "maklumat palsu" mengenai kempen ketenteraan Moscow di Ukraine.

Moscow selama bertahun-tahun bertelingkah dengan Big Tech berhubung kandungan, penapisan, data dan perwakilan tempatan dengan pertikaian yang semakin memuncak selepas Russia menghantar angkatan bersenjata ke Ukraine pada 24 Februari 2022. - REUTERS

Media Baharu