fb fb fb fb fb

Penyair AS lancar puisi ke Musytari

AMERIKA SYARIKAT, 2 Jun - Penyair Amerika Syarikat (AS), Ada Limon mendedikasikan sebuah puisi karyanya sendiri yang akan diukir pada kapal angkasa NASA ke bulan 'Europa Jupiter', tahun depan.

Puisi bertajuk "In Praise of Mystery: A Poem for Europa", adalah sebahagian daripada misi Europa Clipper NASA, yang akan memulakan perjalanannya pada Oktober 2024.

Misi itu akan menyiasat sama ada lautan terletak di bawah kerak berais Europa boleh menyokong kehidupan atau sebaliknya, menurut NASA.

Puisi itu juga akan distensil pada cip mikro yang akan diletakkan pada kapal angkasa.

(Ada Limon/FOTO REUTERS)

NASA turut menjemput orang ramai untuk meleakkan nama mereka pada puisi itu dan nama-nama itu juga akan dimasukkan pada mikrocip.

Inisiatif itu dipanggil kempen "Mesej dalam Botol", dan NASA berkata puisiĀ beserta nama itu akan menjadi seperti mesej dalam botol, mengembara berbilion batu.

Jupiter atau dipanggil musytari adalah planet kelima paling hampir dengan Matahari dan paling besar daripada lapan planet sistem suria. -REUTERS

Media Baharu