fb fb fb fb fb

Saham teknologi Jepun jatuh mendadak

Foto AFP

TOKYO, 28 Januari- Saham teknologi Jepun jatuh mendadak untuk hari kedua berturut-turut berikutan kejatuhan dalam saham teknologi Amerika Syarikat (AS).

Perkara itu didorong kemunculan model kecerdasan buatan (AI) generatif China 'DeepSeek' dengan kos rendah.

Pembuat cip AS, Nvidia jatuh hampir 17 peratus berikutan kebimbangan bahawa 'DeepSeek' boleh mengancam penguasaan AS dalam kecerdasan buatan.

Di Tokyo, saham dalam Advantest, firma ujian cip yang membekalkan Nvidia, turun 10 peratus, menambah kepada kejatuhan 8.6 peratus pada Isnin.

Softbank, sebahagian daripada dorongan infrastruktur AI bernilai $500 bilion yang diumumkan minggu lalu oleh Presiden AS Donald Trump, jatuh hampir enam peratus selepas jatuh 8.3 peratus pada Isnin.

Indeks Nikkei 225 susut 1.62 peratus.- AFP

MOHD FIRDAUS BIN RUSLI