fb fb fb fb fb

Serangan Rusia ke atas klinik di Kiev ragut satu nyawa

Kakitangan mengeluarkan runtuhan di sebuah hospital swasta di Kiev yang menjadi sasaran serangan Rusia ke atas Ukraine/ REUTERS

KIEV, 5 Januari – Seorang pesakit berusia 30 tahun maut selepas sebuah klinik swasta di Kiev menjadi sasaran serangan Rusia pada Isnin, menurut pengarah klinik, Marharyta Malyovana.

Serangan itu menyebabkan tingkap pecah, beberapa bilik pesakit terbakar dan sisa runtuhan bertaburan di dalam bangunan klinik.

Pihak berkuasa Ukraine memaklumkan serangan udara di Kiev dan kawasan sekitarnya mengorbankan sekurang-kurangnya dua orang, menjadikannya kematian pertama akibat serangan Rusia tahun ini.

Manakala seorang wanita cedera dan 25 pesakit dipindahkan ke lokasi selamat.

Serangan itu turut merosakkan rumah dan infrastruktur penting di beberapa bandar, dengan seorang awam terbunuh di daerah Fastiv dan beberapa kawasan mengalami gangguan elektrik.

Penduduk menyeru rundingan damai walaupun tiada tanda penyelesaian konflik.

Setakat ini, Rusia masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenai insiden tersebut. -REUTERS

SAHZAN FAZLI BIN ZAINUDDIN