MOSCOW/ KIEV, 28 Januari- Tentera Rusia mengumumkan mereka telah melancarkan serangan terhadap pelbagai sasaran Ukraine termasuk depot bahan api dan lapangan terbang tentera, manakala dalam masa sama Ukraine mendakwa berjaya menghalang beberapa serangan Rusia dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Pada Isnin, Kementerian Pertahanan Rusia melaporkan bahawa serangan mereka menyasarkan infrastruktur ketenteraan Ukraine, termasuk lapangan terbang, fasiliti pemasangan dan penyimpanan dron serta depot bahan api.
Unit pertahanan udara Rusia turut memintas beberapa roket sistem artileri mobiliti tinggi (HIMARS) dan menembak jatuh puluhan dron milik Ukraine, menurut kenyataan kementerian tersebut.
Dalam masa yang sama, Staf Umum Angkatan Tentera Ukraine mengesahkan berlakunya puluhan pertempuran sengit di sepanjang barisan hadapan pada hari yang sama, dengan pertempuran paling dahsyat dilaporkan di Pokrovsk.
Pasukan Ukraine terus menahan kemaraan Rusia dan berjaya mematahkan beberapa serangan, menurut kenyataan mereka.-AFP