JOHANNESBURG, 28 Januari- Empat lagi askar Afrika Selatan terbunuh dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata M23 di timur Republik Demokratik Congo (DRC).
Perkara berkenaan dimaklumkan menerusi kenyataan oleh pasukan pertahanan negara itu pada Selasa.
Tiga askar terkorban dalam pertempuran berhampiran lapangan terbang Goma pada Isnin, manakala seorang lagi meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami dalam pertempuran sebelumnya, kata Pasukan Pertahanan Nasional Afrika Selatan dalam kenyataan tersebut.
Insiden itu menjadikan jumlah korban dalam kalangan askar Afrika Selatan kepada 13 selepas sembilan lagi anggota mereka terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan bersenjata M23 pada minggu lalu. -AFP