fb fb fb fb fb

Pemandu terperangkap, lori jatuh dalam lubang benam

FOTO REUTERS

TOKYO, 28 Januari- Pasukan kecemasan Jepun bertungkus-lumus selama berjam-jam pada Selasa untuk menyelamatkan seorang pemandu lori yang terjatuh ke dalam lubang benam di Yashio City, Saitama, berhampiran Tokyo.

Pihak berkuasa menerima panggilan kecemasan sekitar pukul 9:50 pagi, melaporkan kejadian jalan yang runtuh dan lori yang terjatuh ke dalamnya.

"Kami telah menjalankan operasi menyelamat selama berjam-jam," kata jurucakap jabatan bomba kepada AFP kira-kira tujuh jam selepas kejadian.

Lubang benam itu dianggarkan berukuran 10 meter lebar dan 6 meter dalam, menurut jurucakap tersebut. Pasukan penyelamat sedang berusaha untuk mengangkat lori tersebut menggunakan kren besar, tetapi risiko lubang runtuh sepenuhnya membahayakan usaha mereka.

Pemandu lori itu masih dapat berkomunikasi dengan penyelamat sehingga sekitar pukul 1 tengah hari sebelum kawasan sekitar menjadi tidak stabil, memaksa pasukan penyelamat berundur.

Pasukan penyelamat pada awalnya merancang untuk masuk ke dalam lubang bagi menyelamatkan mangsa, tetapi dua anggota cedera ringan semasa operasi menyeamat.

Menurut laporan Kyodo News, terdapat sistem pembetungan di kawasan persimpangan tersebut dan punca runtuhan jalan masih dalam siasatan.-AFP

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE