fb fb fb fb fb

Rusia tutup ruang udara susulan tindakan balas sekatan Barat

(FOTO AFP)
MOSCOW , 27 Februari - Ruang udara Rusia kini ditutup bagi penerbangan yang dikendalikan syarikat penerbangan dari Latvia, Lithuania, Estonia dan Slovenia.

Ia sebagai tindakan balas terhadap sekatan dikenakan Barat.

Britain melarang syarikat penerbangan utama Rusia, Aeroflot daripada terbang di ruang udara negaranya.

Bulgaria, Poland, Republik Czech, Baltik, Jerman dan Slovenia turut mengambil langkah sama.


(Seorang anggota tentera Ukraine meronda jalan kosong di sebelah barat ibu kota Ukraine, Kiev, pagi semalam/Foto AFP)

Syarikat penerbangan nasional Austria, Austrian Airlines juga mengumumkan pembatalan penerbangan ke Rusia.

Pada masa sama mengelak memasuki ruang udara Rusia sekurang-kurangnya untuk tempoh tujuh hari.

Syarikat penerbangan itu mengambil keputusan tersebut disebabkan situasi kawal selia terkini.

Semalam, Rusia mengumumkan akan menghalang penerbangan dari Bulgaria, Poland dan Republik Czech. - AFP

Media Baharu