(FOTO AFP)
NEW YORK, 27 Februari - Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dijangka bersidang pada pukul 3 petang waktu tempatan bagi mengundi resolusi menggesa Sidang Khas Perhimpunan Agung.
Menurut diplomat, persidangan petang ini untuk menuntut agar Moscow menghentikan serangan ke atas Ukraine.
Pada persidangan tersebut, PBB memerlukan sembilan daripada 15 negara anggota Majlis Keselamatan PBB untuk mengundi bagi menyokong resolusi berkenaan agar diterima pakai.
Di bawah prosedur itu, meski pun jarang digunakan, tiada satu pun dibenarkan untuk menggunakan kuasa veto ke atas Sidang Khas esok termasuk Rusia dan lima anggota tetap.
(Protes mendesak agar peperangan dihentikan susulan konflik Rusia-Ukraine di hadapan Istana Belem di Lisbon, Portugal/Foto AFP)
Diplomat berkata, Perhimpunan Agung Khas esok untuk memaksa 193 anggota PBB mengambil pendirian mengenai konflik dan pelanggaran Piagam PBB oleh Rusia.
Jika resolusi diluluskan, peraturan menetapkan sesi Perhimpunan Agung khas diadakan dalam tempoh 24 jam.
Jumaat lalu, resolusi itu yang diusul Amerika Syarikat dan Albania bagi mengecam tindakan Rusia di Ukraine, gagal dibawa dalam Majlis Keselamatan PBB.
Ini kerana Rusia, yang juga anggota tetap, menggunakan kuasa vetonya - AFP