fb fb fb fb fb

Konflik Rusia- Ukraine: Moscow teruskan operasi ketenteraan


MOSCOW, 27 Februari - Operasi ketenteraan Moscow di Ukraine diteruskan.

Menurut jurucakap Kementerian Pertahanan Igor Konashenkov, ini selepas pihak berkuasa Ukraine menolak rundingan yang diusul Moscow.

Pasukan pemisah di Donbas dengan sokongan tentera Rusia berjaya mara 46 kilometer lebih dalam dan menawan beberapa kawasan penempatan.

Antaranya di Shchastia, Muratovo dan Pavlopol.

Konashenkov dalam pada itu mengecam tindakan pihak berkuasa Kiev menempatkan senjata berat seperti pelancar roket dan meriam dalam kawasan kediaman.

Tindakan itu katanya, membahayakan orang awam apabila tentera Rusia terpaksa menyerang kawasan itu bagi melumpuhkan senjata tersebut.- REUTERS

Media Baharu