JAKARTA, 27 Februari- Lembaga Pengurusan Bencana Nasional (BNPB) Indonesia pada Sabtu memaklumkan, angka kematian akibat gempa bumi kuat di Sumatera pada Jumaat lepas meningkat kepada lapan orang, manakala enam mangsa masih hilang.
Media tempatan melaporkan, pasukan penyelamat berjaya menemukan lima mayat di daerah Pasaman dan tiga di Pasaman Barat.
Jurucakap BNPB, Abdul Muhari berkata, 86 orang cedera manakala 10 bangunan dan 435 rumah rosak.
Ketika ini lebih 6,000 penduduk telah dipindahkan ke 35 pusat pemindahan sementara.
Pasukan penyelamat masih mencari enam lagi mangsa yang dilaporkan hilang, dipercayai tertimbus di bawah lumpur.
Kerajaan mengumumkan respons kecemasan rasmi selama 14 hari di timur laut Pasaman Barat, wilayah Sumatera Barat, berakhir 10 Mac.