fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh tiga dron Ukraine

(Foto AFP)

MOSCOW, 16 Ogos- Kementerian Pertahanan Rusia mendakwa berjaya menembak jatuh tiga dron tentera Ukraine di barat daya Moscow, pada Rabu, yang merupakan serangan udara terbaharu berhampiran ibu negara itu.

Menerusi Telegram, kementerian berkenaan memberitahu Ukraine melancarkan serangan pada awal pagi, menggunakan tiga kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) di wilayah Kaluga.

"Semua UAV telah dikesan dan dimusnahkan tepat pada masanya oleh sistem pertahanan udara Rusia.

Gabenor Kaluga, Vladislav Shapsha berkata dron tersebut ditembak jatuh di selatan wilayah, beberapa ratus kilometer dari barat daya Moscow.

"Tiada kemalangan jiwa atau kerosakan infrastruktur dilaporkan," katanya.

Serangan udara tersebut merupakan yang kelima bulan ini ke atas wilayah Kaluga, telah digagalkan oleh Rusia.

Pegawai Rusia sebelum ini berkata mereka telah memintas serangan dron di rantau itu pada 12, 10, 7 dan 3 Ogos lalu.-AFP

(Polis mengepung sebuah taman di Moscow, lokasi serpihan
dron yang ditembak jatuh pada 10 Ogos 2023/Foto AFP)

Media Baharu