fb fb fb fb fb

Kebakaran hutan di Hawaii, jumlah kematian dijangka terus meningkat

(Foto AFP)

KAHULUI, 16 Ogos- Angka kematian akibat kebakaran hutan di Hawaii melepasi 100 orang, pada Selasa.

Gabenornya, Josh Green berkata dua lagi mayat ditemukan, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 101 orang.

"101 nyawa kini telah terkorban, dua lagi mayat ditemukan pada Selasa," katanya.

Menurut Green, lebih satu perempat daripada zon bencana telah dilakukan pencarian bagi mencari mangsa yang masih belum ditemukan.

Pencarian turut dibantu oleh khidmat anjing terlatih.

Terdahulu, Green berulang kali menyatakan bahawa kiraan terakhir mangsa terlibat dalam tragedi itu akan lebih tinggi.

Jumlah kematian akibat fenomena kebakaran minggu lalu itu antara yang 'tertinggi' pernah direkodkan Amerika Syarikat selama lebih satu abad.-AFP

(Kelihatan beberapa bangkai kereta yang terbakar
di Lahaina, barat Maui, Hawaii pada 14 Ogos 2023/Foto AFP)

Media Baharu