fb fb fb fb fb

Rusia tembak jatuh dua dron Ukraine

(Pihak polis mengawal keselamatan di
laluan Komsomolsky Avenue/Foto Reuters)

MOSCOW, 24 Julai- Ukraine melancarkan serangan ke atas ibu negara Rusia menggunakan dua kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) atau dron pada Isnin, namun berjaya dipintas dan dimusnahkan, menurut Kementerian Pertahanan Rusia.

Agensi berita Rusia memetik perkhidmatan kecemasan, berkata serpihan dron ditemui berhampiran sebuah bangunan di Komsomolsky Avenue, tidak jauh dari bangunan kementerian pertahanan.

Datuk Bandar Moscow, Sergei Sobyanin menerusi aplikasi Telegram memberitahu dua bangunan bukan kediaman juga telah dilanggar semasa serangan itu, yang berlaku sekitar empat pagi.

Bagaimanapun, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Tidak jelas sama ada dron itu mengenai bangunan apabila ia dijatuhkan, atau dengan sengaja menyasarkan bangunan tersebut.

Kementerian Pertahanan Rusia mahupun Datuk Bandar tidak menyatakan di mana dron itu dipintas.

(Kerosakan yang berlaku atas bangunan berdekatan Likhachev Avenue/Foto Reuters)

Sementara itu, laluan trafik ditutup di Komsomolsky Avenue dan Likhachev Avenue di selatan Moscow, apabila sebuah bangunan pejabat rosak, lapor agensi berita Rusia.

Dalam pada itu, tiada maklum balas segera dari Kiev mengenai insiden tersebut.

Ukraine hampir tidak pernah mengaku bertanggungjawab secara terbuka untuk serangan ke atas Moscow atau di wilayah yang dikuasai Rusia di Ukraine.

Namun, telah menyatakan dalam beberapa bulan kebelakangan ini memusnahkan infrastruktur ketenteraan Rusia, membantu serangan balas Kiev.-REUTERS

Media Baharu