fb fb fb fb fb

Bumbung gimnasium sekolah runtuh, mangsa terakhir ditemukan

(Foto Reuters)

CHINA, 24 Julai- Mangsa terakhir tragedi bumbung gimnasium sekolah runtuh di timur laut China, berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat.

Mayat mangsa yang juga merupakan seorang pelajar ditemukan kira-kira pukul 10 pagi tadi.

Penemuan tersebut menjadikan jumlah mangsa yang terkorban akibat tragedi itu meningkat kepada 11 orang.

Semasa kejadian, 19 orang dilaporkan berada di dalam gimnasiyn seluas 1,200 meter persegi di Sekolah Menengah No. 34 Qiqihar, apabila ia runtuh, pada petang Ahad.

Siasatan awal mendapati pekerja binaan secara haram meletakkan 'perlit' di atas bumbung gimnasium semasa pembinaan bangunan, bersebelahan.

Selepas beberapa kali hujan, 'perlit' itu menyerap air dan bertambah berat, mengakibatkan bumbung runtuh.

Siasatan mendalam mengenai kejadian tersebut sedang dijalankan.-REUTERS

(Mangsa terakhir tragedi bumbung gimnasium sekolah runtuh di
timur laut China, berjaya dibawa keluar pasukan penyelamat/Foto Reuters)


Berita berkaitan
10 orang maut, seorang terperangkap bumbung gimnasium runtuh di China

Media Baharu