fb fb fb fb fb

Rusia siasat pemimpin Ukraine untuk ketahui dalang serangan dewan konsert Moscow

Foto: Russian Investigative Committee

MOSCOW, 5 April- Penyiasat Rusia hari ini berkata bahawa mereka sedang menyiasat pemimpin Ukraine atas insiden pembunuhan beramai-ramai bulan lepas di dewan konsert Moscow yang mana diakui DAESH dilakukan pihaknya.

Daesh telah mengaku bertanggungjawab terhadap serangan 22 Mac yang mengorbankan lebih 140 orang dan mencederakan 360, namun Moscow tetap berulang kali memberi bayangan serangan itu didalangi Kiev atau Barat.

Lelaki bersenjata dikatakan menyamar dan menyerbu tempat Dewan Bandaraya Crocus di pinggir Moscow sebelum membakar bangunan itu.

Dua belas suspek sudah ditangkap termasuk empat lelaki bersenjata, yang semuanya berasal dari negara Asia Tengah Tajikistan.

Sementara itu, penyiasat Russia berkata, data daripada salah satu telefon suspek menunjukkan pada pagi 24 Februari tahun lalu iaitu ulang tahun kedua kempen ketenteraan Russia di Ukraine, bahawa dia telah menangkap gambar Dewan Bandaraya Crocus dan menghantarnya kepada orang lain.

Katanya, suspek mengesahkan semua perkara itu dalam kenyataannya.

Ia berkata, gambar seterusnya ditemui pada telefon sama yang menunjukkan lelaki yang sedang menyamar memegang bendera Ukraine di hadapan bangunan yang musnah.

"Data ini boleh menyokong 'hubungan antara serangan' dan konflik di Ukraine, kata penyiasat. - AFP

ZEHRA BINTI ZAMBRI