fb fb fb fb fb

Rusia serang kemudahan bekalan bahan api Ukraine

Tangkap layar rakaman video serangan ke atas kemudahan bekalan bahan api milik Tentera Laut Ukraine oleh Tentera Rusia / REUTERS

KIEV, 1 Julai- Rusia melancarkan serangan ke atas beberapa kemudahan bekalan bahan api milik Tentera Laut Ukraine pada Isnin, termasuk lokasi pengeluaran, pemasangan dan simpanan dron serangan serta depot peluru.

Kementerian Pertahanan Rusia dalam kenyataan berkata, pasukan pertahanan udaranya turut berjaya menembak jatuh 144 dron Ukraine dalam tempoh 24 jam lalu.

Pada hari sama, Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky memaklumkan sejumlah besar tentera Rusia sedang berkumpul di arah Pokrovsk, yang kini menjadi lokasi pertempuran sengit dengan beberapa serangan dilaporkan berlaku.

Sementara itu, Turus Am Angkatan Tentera Ukraine memaklumkan pihaknya meneruskan operasi defensif di arah Slobozhanske di timur Ukraine, selain berjaya mematahkan beberapa serangan Rusia berhampiran sempadan Sumy Oblast di timur laut negara itu.-REUTERS

SITI AIYSHAH BINTI BASLIE