fb fb fb fb fb

Rusia serang jambatan Dniester, Ukraine dakwa cubaan sekat akses ke Laut Hitam

Foto REUTERS

KIEV, 20 Disember- Pihak berkuasa Ukraine memaklumkan tentera Rusia telah menyerang sebuah jambatan di Sungai Dniester berhampiran perkampungan Mayaky, barat daya Pivdennyi, sekurang-kurangnya lima kali sejak Khamis lalu.

Presiden Volodymyr Zelenskiy berkata serangan itu bertujuan memutuskan akses Ukraine ke Laut Hitam.

Ini susulan peningkatan serangan udara ke atas pelabuhan dan kemudahan tenaga di wilayah Odesa serta laluan penting ke sempadan Moldova.

Jambatan Dniester, yang menjadi laluan pengangkutan utama ke arah barat dan menyumbang kira-kira 40 peratus bekalan bahan api negara itu, kini tidak lagi beroperasi.

Rakaman yang dikeluarkan kerajaan Ukraine menunjukkan kerja-kerja pemeriksaan dan pembersihan serpihan sedang dijalankan di jambatan berkenaan, dengan laporan kerosakan itu disahkan pihak berkuasa, meskipun tarikh rakaman tidak dapat dipastikan secara bebas. -REUTERS

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM