fb fb fb fb fb

Rusia rintis jalan perkukuh undang-undang 'propaganda LGBT'

(Pemandangan bangunan Duma Negeri, dewan rendah parlimen Rusia, di
Moscow pada 27 Oktober 2022/AFP)

MOSCOW, 27 Oktober- Dewan rendah parlimen Rusia, Duma mengundi untuk meminda dan memperkukuh undang-undang "propaganda gay" 2013.

Laman web Duma memaklunkan penggubal undang-undang telah "sebulat suara" mengundi, dalam bacaan pertama, untuk melarang "propaganda hubungan seksual bukan tradisional" terhadap semua orang dewasa Rusia.

Rang undang-undang itu masih perlu diluluskan oleh dewan atasan parlimen Rusia, Majlis Persekutuan sebelum ia boleh ditandatangani menjadi undang-undang oleh Presiden Vladimir Putin.

Undang-undang asal 2013 melarang apa yang pihak berkuasa anggap sebagai "propaganda gay" disebar kepada kanak-kanak bawah umur. Pindaan itu akan memanjangkannya kepada semua orang dewasa Rusia.

Peruntukan baharu itu menetapkan larangan "propaganda gay" dalam media, internet, iklan, sastera dan pawagam.

Turut dimuatkan ialah larangan terhadap "propaganda paedofilia".

(Bangunan Duma Negeri Rusia di Moscow Dewan rendah parlimen Rusia, Duma mengundi
untuk meminda dan memperkukuh undang-undang "propaganda gay" 2013/AFP)

Rang undang-undang itu akan mengharamkan "penafian nilai kekeluargaan" dan juga mempunyai klausa menentang propaganda yang boleh "menyebabkan kanak-kanak bawah umur ingin menukar jantina mereka".

Warga asing yang melanggar undang-undang akan diusir.

Para pegawai telah menggesa parlimen supaya menerima pakai undang-undang itu, menggambarkannya sebagai sebahagian daripada pertembungan tamadun dengan Barat yang semakin rancak sejak serangan Kremlin di Ukraine.

"Operasi ketenteraan khas berlaku bukan sahaja di medan perang, tetapi juga dalam fikiran orang ramai," kata ahli parlimen kanan, Alexander Khinshtein. -AFP

Media Baharu