fb fb fb fb fb

Rusia lancar serangan dron di Odesa

(Dron jenis Shahed-136)

KIEV, 19 April- Rusia melancarkan serangan dron ke atas bandar pelabuhan selatan Ukraine, Odesa pada Rabu namun tiada laporan mengenai angka kematian, kata pihak berkuasa.

“Pada waktu malam, musuh melancarkan serangan UAV jenis Shahed-136 ke wilayah Odesa,” kata Yuriy Kruk, Ketua Pentadbiran Tentera Daerah Odesa, dalam satu kenyataan menerusi Telegram.

Kruk berkata, pertahanan udara Ukraine telah memusnahkan kebanyakan dron penyerang tetapi beberapa infrastruktur awam terjejas.

"Menurut maklumat awal, tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Langkah telah diambil untuk mengawal kebakaran, dengan unit Perkhidmatan Kecemasan Negeri dan agensi lain sedang bekerja di tempat kejadian."

Shahed-136 ialah dron kecil yang boleh meletup sendiri buatan Iran; boleh diprogramkan untuk terbang secara automatik ke satu set koordinat GPS dengan muatan bahan letupan.

Industri dron Rusia telah dilanda sekatan antarabangsa dan sejumlah besarnya telah ditembak jatuh sejak permulaan perang, mendorong Moscow mengimport dron dari Iran.

Pelabuhan Laut Hitam Odesa merupakan destinasi percutian kegemaran ramai rakyat Ukraine dan Rusia sebelum Presiden Vladimir Putin menghantar tentera ke Ukraine pada Februari tahun lalu.

Sejak permulaan pencerobohan, Odesa telah dibom beberapa kali oleh tentera Rusia. Dua minggu lalu, bandar itu turutt terkena serangan dron menyebabkan beberapa kerosakan.

Pada bulan Januari, Agensi Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menetapkan pusat bersejarah Odesa sebagai tapak Warisan Dunia yang kini dalam bahaya.-AFP


(Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu UNESCO mengisytiharkan 
Odesa sebagai tapak Warisan Dunia yang kini dalam bahaya)

Media Baharu