fb fb fb fb fb

Pertandingan kanak-kanak buru, bunuh kucing liar dibatal

(FOTO HIASAN)

WELLINGTON, 19 April- Pertandingan di New Zealand untuk kanak-kanak memburu dan membunuh kucing liar telah dibatalkan berikutan bantahan awam.

Kumpulan kebajikan haiwan menyambut baik keputusan itu.

Penganjur pertandingan itu mencetuskan kekecohan apabila mereka mengumumkan kategori baharu untuk kanak-kanak bawah 14 tahun untuk memburu kucing liar dengan hadiah utama 250 dolar New Zealand (AS$155).

Kategori itu, yang disertakan dengan amaran untuk anak muda supaya tidak membunuh haiwan peliharaan, telah dibatalkan, kata penganjur dalam satu kenyataan pada Selasa.

Persatuan Pencegahan Kekejaman Terhadap Haiwan New Zealand berkata "kedua-dua pihak gembira dan lega kerana kategori kanak-kanak yang melibatkan menembak kucing liar telah dikeluarkan".

"Kanak-kanak, serta orang dewasa, tidak akan dapat membezakan antara kucing liar, sesat atau kucing peliharaan yang ketakutan," kata jurucakap SPCA.

Pertandingan keseluruhan, yang diteruskan dengan kategori lain untuk memburu babi hutan dan rusa, dijalankan sebagai kutipan derma untuk Sekolah Rotherham di Pulau Selatan negara itu.

Kucing liar dikalifikasikan sebagai haiwan perosak di New Zealand di mana ia mempunyai kesan besar ataupun menjejaskan populasi terhadap burung asli, kelawar, cicak, tikus dan serangga, menurut Jabatan Konservasi.-AFP


(FOTO HIASAN)

Media Baharu