PYONGYANG, 30 Jun- Menteri Kebudayaan Rusia, Olga Lyubimova bertemu rakan sejawatnya dari Korea Utara, Sung Jong Gyu pada Isnin, bagi memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang kebudayaan.
Menurut agensi berita KCNA, delegasi Rusia dilihat mengadakan mesyuarat dan majlis menandatangani perjanjian bersama pegawai Korea Utara di Dewan Perhimpunan Mansudae pada Ahad, menerusi rakaman yang tidak dapat disahkan secara bebas oleh Reuters.
Perbincangan antara kedua-dua menteri menyentuh usaha memperluas pertukaran dan kerjasama dalam bidang kebudayaan.
KCNA melaporkan bahawa satu pelan kerjasama budaya bagi tempoh 2025 hingga 2027 telah ditandatangani antara kedua-dua negara.
Dalam satu kenyataan di aplikasi Telegram, Lyubimova berkata beberapa siri konsert dan syarahan akan diadakan di ibu negara Korea Utara dalam masa terdekat.
Antara yang menyertai delegasi Rusia ialah ahli Koir Pyatnitsky dan kumpulan tarian Gzhel.
Lyubimova turut menyatakan bahawa hasil perjanjian antara Presiden Rusia, Vladimir Putin dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, kerjasama kebudayaan antara kedua-dua negara kini mencapai “tahap yang tidak pernah dicapai sebelum ini.”- REUTERS