fb fb fb fb fb

Rusia catat kes pertama cacar monyet

(FOTO HIASAN REUTERS)

MOSCOW,12 Julai- Rusia merekodkan kes pertama cacar monyet yang dikesan pada seorang lelaki yang pulang dari mengembara mengelilingi negara Eropah.

Perkara itu dimaklumkan badan pemerhati keselamatan pengguna, Rospotrebnadzor pada Selasa, namun risiko jangkitan kepada orang lain adalah terhad.

"Penyakit ini beredar dalam bentuk yang ringan. Tiada ancaman kepada nyawa," kata Rospotrebnadzor.

Cacar monyet adalah penyakit virus yang menyebabkan gejala seperti selsema dan lesi kulit. Ia endemik di bahagian Afrika.

Lebih 50 negara di mana cacar monyet tidak diklasifikasikan sebagai endemik melaporkan wabak penyakit jangkitan virus itu, ketika keseluruhan kes disahkan melebihi angka 7,600. -REUTERS

(FOTO HIASAN REUTERS)

Media Baharu