fb fb fb fb fb

Shinzo Abe selamat disemadikan

(Abe berusia 52 tahun ketika menjadi Perdana Menteri termuda pada 2006, selepas era perang,
namun terpaksa meletak jawatan kerana masalah usus/ AFP)

TOKYO, 12 Julai- Bekas Perdana Menteri Jepun, paling lama berkhidmat Shinzo Abe akhirnya disemadikan, semalam.

Rakyat Jepun berbaris di jalan raya memberikan penghormatan terakhir terhadap mendiang.

Majlis pengebumian mendiang diadakan di Kuil Zojoji di Tokyo yang hanya disertai keluarga dan rakan rapat.

Upacara dimulakan dengan bersembahyang sepanjang malam dengan diketuai isteri mendiang, Akie Abe.

(Orang ramai meletakkan bunga pada gambar bekas Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe, ketika upacara pengebumian di Kuil Zojoji, Tokyo/ AFP)

Di luar pekarangan kuil tersebut, Ahli Parlimen Jepun kelihatan membakar kemenyan dan meletakkan bunga sebagai tanda penghormatan terakhir.

Sementara itu, kerajaan Jepun pada Isnin menganugerahkan anugerah tertinggi ‘Collar of the Supreme Order of the Chrysanthemum’ kepada Abe.

Anugerah itu diperbuat daripada emas tulen dan dipakai oleh maharaja Jepun.

Abe memperkenalkan pelan pemulihan ekonomi, 'Abenonics', bagi membangunkan semula Jepun dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan, melonggarkan dasar kewangan dan mengurangkan kerenah birokrasi.

Abe, 67 tahun, ditembak mati ketika sedang berkempen Jumaat lalu, di bandar Nara, barat Jepun. -AFP


Media Baharu