fb fb fb fb fb

Rusia, Brazil sepakat kritik sokongan pertahanan AS terhadap Ukraine

BRAZIL, 18 April- Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov bertemu Presiden Brazil, Luiz Inacio Lula da Silva ketika Washington mengkritik kenyataan pemimpin Amerika Selatan (AS) itu baru-baru ini mengenai sokongan pertahanan AS terhadap Ukraine.

Lula baru sahaja melakukan lawatan ke China dan Emiriah Arab Bersatu, di mana beliau menuduh AS menggalakkan peperangan di Ukraine.

Beliau juga berkata AS dan Eropah perlu berbincang tentang keamanan.

Kiev turut dipersalahkan atas konflik itu yang bermula pada Februari 2022 apabila tentera Rusia masuk ke Ukraine dalam usaha untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih secara demokrasi.

Lavrov mengucapkan terima kasih kepada Lula atas tawarannya untuk menjadi pengantara rundingan damai mengenai perang 14 bulan itu.

Kenyataan Lula baru-baru ini mencetuskan kritikan daripada "White House" yang telah membawa sokongan kepada Ukraine.

"Dalam kes ini, Brazil menyuarakan propaganda Rusia dan China tanpa melihat fakta sama sekali," kata jurucakap Majlis Keselamatan Negara AS John Kirby kepada pemberita.

(Menteri Luar Rusia, Sergey Lavrov / FOTO REUTERS)

Beliau menggambarkan mesej Lula mengenai perang sebagai satu masalah besar.

Menteri Luar Brazil, Mauro Vieira berkata, beliau tidak mengetahui bagaimana atau mengapa Lula mencapai kesimpulan itu tetapi beliau tidak bersetuju sama sekali.

Di sebalik komen Lula mengenai AS, lelaki berusia 77 tahun itu, yang kembali berkuasa pada Januari selepas berkhidmat dua penggal dari 2003 hingga 2010 sedang mencari hubungan yang lebih rapat dengan Washington. -AFP

Media Baharu