MOSCOW, 7 Oktober – Moscow dan Kabul sedia memperkukuh hubungan dua hala pasca pengiktirafan kerajaan Taliban oleh Rusia Julai lalu.
Ia dimaklumkan Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov
usai pertemuan bersama Pemangku Menteri Luar Afghanistan, Amir Khan Muttaqi di Moscow.
Menurutnya, kerajaan Taliban di Afghanistan sedang berusaha menstabilkan negara itu bagi membolehkan pelaburan dan jaringan ekonomi diteruskan.
Sementara itu menurut Muttaqi, pengiktirafan oleh Rusia turut membuka ruang kepada pelaksanaan pelbagai projek bersama antara kedua-dua negara.
Walaupun Taliban pernah diharamkan oleh Rusia dan dilabel sebagai kumpulan pengganas pada tahun 2003, larangan tersebut telah dimansuhkan pada April tahun ini, susulan keperluan untuk bekerjasama dengan Kabul dalam menghadapi ancaman keselamatan daripada kumpulan militan yang berpangkalan di beberapa negara termasuk Afghanistan dan rantau Timur Tengah.