fb fb fb fb fb

Runtuhan salji pergunungan Lapan orang disahkan maut

(Operasi sedang dijalankan untuk mencari dan menyelamat mereka yang hilang/AFP)

BEIJING, 19 Januari- Lapan orang terbunuh dan ramai lagi masih hilang selepas runtuhan salji melanda jalan raya di pergunungan Tibet pada petang Selasa lepas, kata pihak berkuasa perbandaran.

Agensi berita Xinhua melaporkan bahawa runtuhan salji berlaku di pintu keluar terowong di lebuh raya yang menghala dari bandar Nyingchi di Daerah Medog ke Daerah Mainling di tenggara Tibet.

Pegawai perbandaran Nyingchi yang berada di ketinggian 3,040 meter dari paras laut, berkata runtuhan salji itu memerangkap orang ramai di dalam kenderaan mereka.

Operasi sedang dijalankan untuk mencari dan menyelamat mereka yang hilang.

Semalam, Kementerian Pengurusan Kecemasan China menghantar pasukan tindak balas bencana ke Tibet dan mengarahkan operasi berskala penuh untuk menyelamatkan mangsa dan mengesahkan jumlah mangsa yang masih terkandas, menurut laporan akhbar Global Times China.

Runtuhan salji jarang berlaku di Himalaya. Oktober lalu sekurang-kurangnya 26 orang maut selepas ekspedisi mendaki gunung terperangkap dalam runtuhan salji di Gunung Draupadi ka Danda-II di negeri Uttarakhand di utara India. -AFP

(Runtuhan salji pergunungan Lapan orang disahkan maut/Google)

Media Baharu